Wednesday, December 15, 2010

renung2kn ye kawan2...

Urm.. Terkadang ada sesuatu perkara, yang kita benar mahu~ mahu yang teramat sangat. Dan lantas, kita meminta pada Tuhan~ berdoa agar diberikan apa yang kita hajati. Kita tunggu dan tunggu~ dalam keadaan kita sudahpun berbuat sesuatu yang dirasakan terbaik untuk mendapatkannya. Ya, pengharapan di pengakhiran tawakal.

Kemudian kita minta lagi dan lagi~

sambil menunggu apa yang kita hajati.

Tunggu~

Tunggu lagi~

Dan lagi~

Dan lagi….

Tetapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun~

Ah.. kosong.

Lantas kita menangis~

Semahunya~~~

Kita rasa sedih sangat~ sedih yang teramat. Terutama apabila kita melihat orang lain mendapatkan apa yang dihajati oleh mereka. Sedangkan kita?

“kenapa apa yang aku hajati itu bukan milikku?”

Benar?

Lantas, kita mula menyalahkan diri sendiri~ bersedih-sedih kerana memikirkan apa yang dihajati tidak kesampaian. Dan bahkan, hampir saja menyalahkan Tuhan~ ah.. sungguh. Terlalu jahil kita ketika itu~

Sangka kita, mungkin itulah dinamakan takdir. Bukan rezeki~ kerana sememangnya apa yang kita hajati itu bukan tercipta untuk kita~

Dan lepas seberapa ketika, kita mula lupa apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup seperti biasa~ menjalani kehidupan seharian yang semakin mematangkan. Cuma bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita suatu ketika dulu. Kita bahagia dan terus terlupa tentangnya~

Tiba-tiba~

Tanpa kita sangka~

Kita rasa nak perkara lain pulak~

dan kemudian kembali meminta~

"ya Allah~ jika benar itu untukku, maka permudahkanlah urusanku"

Err...

Dunia~

Takkan pernah mampu menghilangkan dahaganya nafsu~

Tidak pernah cukup dengan apa yang ada~

Dan tidak akan puas pastinya~

Sebenarnya, apa yang kita mahukan?

Apa yang kita cari?

teman?

Pasangan?

err.. cinta?

atau~~

Cemerlang dalam pelajaran?

Ah.. semua~

Benar?

Dan terkadang pula, apa kita minta. apa yang kita mahu. kita dapat~ kita rasa kita dah berusaha. Dan kita layak atas usaha kita. Dan kerana itu Tuhan menghadiahkan kita dengan apa yang kita mahukan.

Wah.. gembiranya~ Tersangat gembira. Hingga kita merasakan kitalah orang yang paling bertuah. Paling bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmatNya kepada kita.

Tapi...

sebenarnya kita lupa~

Kadang-kadang apa yang kita tak dapat~

Itulah sebenarnya nikmat.

Dan apa yang kita dapat~

Itulah sebenarnya ujian.

Dunia ini yang kita cari ni~

Yang kita mahukan semahunya~

Sebenarnya tiada apa pada pandangan Tuhan.

Melainkan hanya sampah~

Kita gembira kerana sampah. Kita bersedih kerana sampah. Kita rasa bertuah kerana memperoleh sampah. Kita meratap hiba kerana gagal memiliki sampah. Mungkinkah kita ini sampah?

Opss.. maaf~

Kata Nabi,

kita Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.

Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah kita dicintai orang.

Haa.. Ingat tu kawan-kawan. Dunia itu perlu. Perlu diambil juga. Kita ambil dan diletakkan disini~ di dalam poket kita. Bukan dalam hati.

Zuhud terhadap dunia, dan zuhud apa yang dimiliki orang~

ingat pesan Nabi~

Jom tangkap dunia, letak dalam poket.

Tapi Allah bagitau kita kena kejar akhirat, barulah dunia akan duduk dalam poket..

p/s : kredit n bnyk2 time ksh pd SAHABAT d facebook

No comments:

Post a Comment