Monday, November 15, 2010

Bingkisan Doa Buat Yang Tersayang



Ya ALLAH…seandainya telah engkau catatkan…dia milikku

Tercipta buatku…satukanlah hatinya dengan hatiku…titipkanlah

Kebahagiaan antara kami…agar kemesraan itu abadi…

Dan ya ALLAH…Ya TUHANKU yang maha mengasihi..seiringkanlah

Kami melayari hidup ini…ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya ALLAH…seandainya telah Engkau takdirkan…dia

Bukan milikku…bawalah dia jauh dari pandanganku…

Luputkan lah dia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta Ya ALLAH ya TUHANKU yang maha mengerti…berikanlah

Aku kekuatan…melontar bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja nan merah…agar aku bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan YA ALLAH yang tercinta…gantillah yang telah hilang…

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…

Walaupun tidak sama dengan dirinya…YA ALLAH YA TUHANKU…

Pasrahkanlah aku dengan takdirMU…sesungguhnya apa yang telah

Engkau takdirkan…adalah yang terbaik buat aku…

Kerana Engkau maha mengetahui…segala yang terbaik buat hambaMU ini…

YA ALLAH…cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Didunia dan diakhirat…dengarlah rintihan

Dari hambaMU yang daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…

Didunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Aminn…

No comments:

Post a Comment